CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 28, 2013

Pandang pandang jeling jeling.

Assalammualaikum. Ehem. Okay, lama tak menulis, eh menaip, aku ada rasa janggal sedikit disini. Tapi tak apalah, naluri untuk menaip belog, selain menaip assignment meronta ronta setelah aku rasa aku macam patung yang duduk di depan pc opis ni. Iya, aku tahu korang mesti cakap aku baik pasal duduk depan pc ja, tapi sebenarnya aku duduk saja, ibarat mendapat gaji buta. Untuk pengetahuan siapa siapa yang melintas ke belog aku ni, aku dah pun bertukar kerja di kompeni yang baru. Aku dah tak kerja dah kat kompeni lama tu. Bukan sebab aku benci kompeni lama tu pasal tu aku tukar kerja. Tak tak (sambil geleng kepala). Aku kerja tempat baru ni pasal aku mahu cari pengalaman baru . Okay aku tipu. Sebenarnya aku dapat better offer kerja sini, so aku move on. Ehehe..


Since aku lama tak update belog ni, so aku update lah sikit pasal serba serbi hidup aku sekarang. Sebab apa perlu sikit? Oh iya, kau bukan retis pun nak bagitahu semua pasal diri kau. Erm erm.. Untuk pengetahuan kalian semua, aku sudahpun melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah seperti yang dicita citakan oleh nenek aku. Oh nenek aku sedang sakit teruk sekarang, kalian doakan kesihatan nenek aku ya. Aku dahpun berada di semester 2 alam bidang MASSCOM di UITM. Hectic sangat, ya , aku tahu PJJ ja pun, tapi aku letih dan penat sebab aku memang tak suka pergi kelas since aku tadika lagi. Tapi, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Aku kuatkan juga semangat untuk hadir ke kelas setiap hujung minggu yang cuma selang 2kali sebulan sahaja, walaupun muka aku macam cekodok sepanjang ke kelas tu. Kemon lah, mesti la muka macam cekodok pasal hari Ahad weh, Ahad, hari yang sepatutnya hari berjimba jimba bagi makcik makcik opis seperti aku ni untuk ke Sogo , KLCC segala bagai, walhal cuma soping tingkap sahaja. Tapi aku redho kan aja memandangkan aku berpegang kepada konsep `dasar pandang ke hadapan' tak gitewwwww. Ehem ehem..

Waktu aku menulis entri ni, anak sulung Pak Wazer sedang dalam persiapan untuk membina masjid. Membina masjid disini bukan seperti pekerja kontraktor yang sedang membina struktur masjid ya, membina masjid disini mendirikan rumah tangga. Oh iya, kakak aku si Fatin yang dulunya tak reti berboipren tu sudah mahu berkahwin akhirnya.

Aku harap semuanya akan berjalan lancar nanti. Sedih pun ada. Iyalah, lepasni mesti dia akan jadi isteri orang. Priority dia mestilah dekat family dia dulu, but I know, ours abang long to be will be sporting, but perasaan sedih tu tetap ada. Macam kakak kau diambil oleh orang lain, ha begitulah perasaan dia., Tsk tsk..Hopefully our abang long's to be will take care of her as much as we did so. Ameen..

Lepas kawen kakak aku ni, tentu aku akan ditubi dengan soalan bila aku punya turn majlis pulak. erm erm..Oklah, aku pun tak tau nak tulis apa lagi, aku nak pikir lunch kat mana sat lagi. Makan di Resepi Rahsia sedap jugak ujung ujung bulan cenggini ya. Ok lah sehingga ketemu lagi di coretan seterusnya. Tata tititutu...