CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 28, 2013

Pandang pandang jeling jeling.

Assalammualaikum. Ehem. Okay, lama tak menulis, eh menaip, aku ada rasa janggal sedikit disini. Tapi tak apalah, naluri untuk menaip belog, selain menaip assignment meronta ronta setelah aku rasa aku macam patung yang duduk di depan pc opis ni. Iya, aku tahu korang mesti cakap aku baik pasal duduk depan pc ja, tapi sebenarnya aku duduk saja, ibarat mendapat gaji buta. Untuk pengetahuan siapa siapa yang melintas ke belog aku ni, aku dah pun bertukar kerja di kompeni yang baru. Aku dah tak kerja dah kat kompeni lama tu. Bukan sebab aku benci kompeni lama tu pasal tu aku tukar kerja. Tak tak (sambil geleng kepala). Aku kerja tempat baru ni pasal aku mahu cari pengalaman baru . Okay aku tipu. Sebenarnya aku dapat better offer kerja sini, so aku move on. Ehehe..


Since aku lama tak update belog ni, so aku update lah sikit pasal serba serbi hidup aku sekarang. Sebab apa perlu sikit? Oh iya, kau bukan retis pun nak bagitahu semua pasal diri kau. Erm erm.. Untuk pengetahuan kalian semua, aku sudahpun melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah seperti yang dicita citakan oleh nenek aku. Oh nenek aku sedang sakit teruk sekarang, kalian doakan kesihatan nenek aku ya. Aku dahpun berada di semester 2 alam bidang MASSCOM di UITM. Hectic sangat, ya , aku tahu PJJ ja pun, tapi aku letih dan penat sebab aku memang tak suka pergi kelas since aku tadika lagi. Tapi, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Aku kuatkan juga semangat untuk hadir ke kelas setiap hujung minggu yang cuma selang 2kali sebulan sahaja, walaupun muka aku macam cekodok sepanjang ke kelas tu. Kemon lah, mesti la muka macam cekodok pasal hari Ahad weh, Ahad, hari yang sepatutnya hari berjimba jimba bagi makcik makcik opis seperti aku ni untuk ke Sogo , KLCC segala bagai, walhal cuma soping tingkap sahaja. Tapi aku redho kan aja memandangkan aku berpegang kepada konsep `dasar pandang ke hadapan' tak gitewwwww. Ehem ehem..

Waktu aku menulis entri ni, anak sulung Pak Wazer sedang dalam persiapan untuk membina masjid. Membina masjid disini bukan seperti pekerja kontraktor yang sedang membina struktur masjid ya, membina masjid disini mendirikan rumah tangga. Oh iya, kakak aku si Fatin yang dulunya tak reti berboipren tu sudah mahu berkahwin akhirnya.

Aku harap semuanya akan berjalan lancar nanti. Sedih pun ada. Iyalah, lepasni mesti dia akan jadi isteri orang. Priority dia mestilah dekat family dia dulu, but I know, ours abang long to be will be sporting, but perasaan sedih tu tetap ada. Macam kakak kau diambil oleh orang lain, ha begitulah perasaan dia., Tsk tsk..Hopefully our abang long's to be will take care of her as much as we did so. Ameen..

Lepas kawen kakak aku ni, tentu aku akan ditubi dengan soalan bila aku punya turn majlis pulak. erm erm..Oklah, aku pun tak tau nak tulis apa lagi, aku nak pikir lunch kat mana sat lagi. Makan di Resepi Rahsia sedap jugak ujung ujung bulan cenggini ya. Ok lah sehingga ketemu lagi di coretan seterusnya. Tata tititutu...

Saturday, March 2, 2013

Qi Razali feat Yuna - Keroncong Untuk Ana (M.Nasir Cover)





p/s:  maafkan aku, sesungguhnya kebolehan mengawal emosi itu bukan aku....Ya Allah...sesungguhnya aku menyesal...kepadamu jua aku memohon petunjuk..

Tuesday, February 26, 2013

Assalammualaikum 365 hari.


Bismillah......

Pegang tangan ini,
jangan biar jatuh. 
Pimpin tangan ini,
jangan biar lemah.
Tunjukkan jalan,
jangan biar sesat. 
Ingatkan diri ini, 
jangan biar lupa. 
Perbaiki diri ini,
jangan biar salah. 
Kita bersama sampai ke syurga. In shaa ALLAH ♥

Alhamdulillah...

Thursday, December 27, 2012

Best Finding 2012




Ini lah dia. He means a lot to me.10 month im with him, and I know he's the right for me.. And insha Allah until to Jannah..Amin. Pray for us ya :)  
~xoxo~



Tuesday, December 4, 2012

~TAWAR~

jangan ditanya kalau aku berubah

sebab aku dah betul-betul tawar kali ni

maaf~

Monday, October 8, 2012

Tragedi October....



Kadang-kadanh hidop ni tak boleh nak jangka. Macam gunung berapi. Nak meletop bila-bila aja. Kadang-kadang bila kita bersedia tak semestinya dia akan meletup. Tapi bila kita lalai dan alpa mungkin ianya akan meletup.

Itu semua kuasa Tuhan. Kita hanya mampu merancang. Tapi Tuhan yang akan menentukan. Kadang-kadang kita rasa sangat gembira dan berpuas hati dengan apa yang kita miliki sekarang. Tapi bila kita tengok manusia sekeliling lebih berjaya daripada hidup yang kita kecapi sekarang, membuatkan perasaan iri hati dan cemburu terdetik dalam hati. Walhal, itu semua rezeki masing-masing. Kita usaha lebih sekalipun, tapi kalau Tuhan dah tentukan banyak mana rezeki kita yang kita dapat tu, tentu tak akan ubah apa-apa pun.

Tapi Tuhan tak pernah melarang hambanya untuk terus berusaha. Dengan usaha, doa tawakal.....baru semua akan berjaya. Untuk berjaya perlukan kesabaran. Sabarkan separuh daripada iman. Semangat mesti mau ada. Dan, kalau kita pegang kata-kata tadi, InsyaAllah...semua akan berjaya. Moga-moga....Amin.......



p/s : cuba untuk memotivasikan diri sendiri
     : hidup makin hectic dengan kerja dan study
     : sudah lama tak menulis...ada rasa awkward sedikit T_T'

Wednesday, September 12, 2012

Stop crying your heart out...

Hold up
Hold on
Don't be scared
You'll never change what's been and gone
May your smile (may your smile)
Shine on (shine on)
Don't be scared (don't be scared)
Your destiny may keep you warm

Cause all of the stars
Are fading away
Just try not to worry
You'll see them some day
Take what you need
and be on your way
and stop crying your heart out

Get up (get up)
Come on (come on)
Why're you scared? (I'm not scared)
You'll never change what's been and gone

Cause all of the stars
Are fading away
Just try not to worry
You'll see them some day
Take what you need
and be on your way
and stop crying your heart out

Cause all of the stars
Are fading away
Just try not to worry
You'll see them some day
Just take what you need
and be on your way
and stop crying your heart out

We're all of us stars
We're fading away
Just try not to worry
You'll see us some day
Just take what you need
and be on your way
and stop crying your heart out