CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 24, 2011

Cinta Pertama

Cinta pertama. Tak semestinya kau dapat, tak semestinya kau bahagia. Setelah kau curahkan dan semaikan cinta pertama dengan sepenuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh, setelah kau berikan sepenuh hati kau pada cinta pertama kau, namun secara tiba-tiba cinta pertama kau berubah hati.Tanpa ada angin, tanpa ada hujan, tanpa ada ribut, secara tiba-tiba, semuanya berubah. Berubah oleh kerana mencari keadilan mungkin. Kau keliru, kau sedih, kau kecewa. Namun, tiada siapa peduli, tiada siapa yang ambil berat. Hati kau bagai dikerat-kerat, dibelah-belah, dikelar-kelar. Sehingga darah memancut-mancut keluar dari sekeping hati yang telah kau semaikan dengan cinta pertama kau. Sehingga tiada lagi darah yang tinggal dari sekeping hati itu. Tubuh kau seakan-akan pucat lesi sehingga jatuh menyembah bumi. Sungguh lesu, lemah, namun tiada siapa yang menyambut tubuh kau itu. Kau terkujur kaku, tanpa sebarang perkataan lagi yang mampu kau ucapkan. Kau tertanya-tanya apakah kau hanya sebuah patung di mana pemiliknya boleh datang dan pergi bila-bila masa dan waktu sahaja. Kau tersedu-sedan menahan gejolak perasaan yang sungguh berkecamuk. Apakah kau selama ini tidak pernah memiliki hati itu. Apakah cinta yang kau tatang bagai minyak yang penuh itu sebenarnya tumpah tanpa kau menyedarinya. Hanya titis-titis jernih yang jatuh di atas pipi kau yang sudah sedari pucat lesi itu diiringi dengan esak tangis yang sangat menyesakkan dada. Namun, tiada siapa peduli lagi. Tiada siapa, BENAR. Namun, tak kan kau mahu membiarkan sahaja tubuh kau kaku disitu, di sudut sepi yang tiada berpenghuni. Kau harus bangkit mengumpul semampu tenaga yang kau ada biar hanya tinggal sebesar zarah sekalipun untuk bangkit dari sudut sepi yang sunyi itu. Tentu susah. Namun kau harus bangkit juga. Benar, sungguh susah dan payah namun harus kau gagahi juga semampu yang kau boleh. Demi sebuah penghidupan yang mungkit tidak berpenghuni sekeping hati lagi. Cuma jasad kau saja yang kau harapkan. Hanya kerana sebuah jalinan suci MUNGKIN, yang bernama cinta pertama. Biar takdir dan waktu saja yang menjadi saksi sebuah kisah yang tergantung ini, MUNGKIN, dan mungkin, tidak berpenghujung.


*credit to misz_LLEB27
*misz_LLEB27 tiba-tiba teringat cerita MY BEST FRIEND WEDDING time buat post ini. (NO REASON T_T')
*sudah mula bekerja
*curi-curi update belog di opis T_T*
*lately sungguh addict dengan Nescafe Latte:)

No comments:

Post a Comment