
Cinta.Mesti korang kat luar sana pernah alaminya ataupun sedang melalui detik-detik indah cintan-cintun.Bagi yang sedang melalui percintaan yang sungguh indah-indah belaka bak ada taman rekreasi kat dalam hati kalian tu, tahniah aku ucapkan.Aku doakan jodoh kalian semua hingga ke hujung nyawa.Namun, bagi kalian-kalian yang dah kecundang atau yang sengaja mungundang keretakkan dalam percintaan,aku doakan kalian-kalian ini akan bertemu jodoh yang lebih baik dari yang sebelum-sebelum ini.

Entry aku kali ni bukanlah mahu menjadi seorang Doktor Cinta kepada kalian semua.Aku pun bukanlah arif sangat dalam hal-hal percintaan ni.Namun, aku cuma mahu berkongsi sedikit pengalaman aku agar dapat menjadikan ikhtibar kepada kalian-kalian semua termasuk aku juga mungkin dalam melalui percintaan.

Teringat lagi aku dengan seorang rakan aku ni,Jenab namanya(bukan nama sebenar).Dia sudah melalui banyak kali pengalaman bercinta dan putus cinta.Tapi, dia tak pernah pun menunjukkan rasa sedih mahupun kecewa di mata aku dan rakan-rakan.Namun, perpisahannya dengan sang arjunanya iaitu Dollah(bukan nama sebenar) mengundang rasa yang sungguh kecewa dan perit kepada dirinya.Pernah suatu hari, kesedihannya itu diluahkan kepada aku dan rakan-rakan.Sehinggakan, dia menangis teringatkan si Dollah kekasih yang dicintainya sewaktu sedang menikmati semangkuk megi.Tragik sungguh bukan.Pernah juga aku menanyakan kepada si Jenab apakah punca perpisahan mereka berdua pasal aku tengok depa dua tu ok ja.Namun, Jenab sendiri tidak dapat menjawab persoalan aku itu.Dia sendiri tak mengerti kenapa si Dollah memutuskannya.Alasan yang Dollah berikan cuma mengatakan yang si Dollah tidak padan dengan si Jenab yang baik budi pekertinya.Hey kamon la.Kalau kau nak seseorang tu jadi suri hidup kau, mesti kau akan berusaha untuk jadi yang terbaik kepada pasangan kau tu kan.Walhal, si Jenab tak kesah pun kalau kau nak hisap rokok ke, tak nak mengaji ke, tak nak belajar ke.Asalkan kau berubah sedikit demi sedikit.Tapi, dalam perpisahan si Jenab dengan si Dollah ni, Dollah masih memberikan harapan kat si Jenab yang konfius tu.Dah la si Jenab ni frust, pastu si Dollah pulak masih bagi harapan kat si Jenab ni.Kes Jenab ni boleh la aku kategorikan digantung tak bertali.Aku tak tau sampai bila si Dollah ni nak bagi harapan kat si Jenab ni.Sampaikan si Jenab ni dah tak nak cari pengganti dek kerana frust dengan si Dollah tu.Punyalah cinta nya si Jenab kat si Dollah.Tapi si Dollah tak pernah nak hargai perasaan si Jenab ni.Dia dok ja gantung si Jenab ngan tali rapianya yang tak berapa nak mahal tu.

Bertahun-tahun lamanya Jenab menunggu si Dollah yang dicintainya.Setiap tahun,setiap hari, setiap jam,setiap minit, setiap saat, dan setiap detik Jenab merindui Dollah.Sampaikan hari-hari Jenab makan tak berapa nak kenyang, mandi tak pakai syampoo, tido pun tak berapa nak lena sampai Jenab tak bermimpikan Pieree Andre lagi dalam tido nya.Tiap-tiap hari Jenab update status kat pesbuk yang dia merindui Dollah.Bukan Jenab tak cuba contact telepon tangan si Dollah, tapi Dollah tak penah nak jawab or nak reply mesej si Jenab ni.Dollah buat derk je ngan Jenab padahal dalam hati terkinja-kinja gembiranya bukan kepalang ibarat beruk mendapat bunga gamaknya bila dapat mesej or misscall dari si Jenab ni.Mungkin keegoan si Dollah macam Tembok Besar China gamaknya.

Suatu hari, si Jenab on da way nak ke tempat kerjanya.Jenab bawak kereta Kancil pegi kerja.Time tu kat highway.Hujan kemain lebat.Jalan pulak jem.Dah la Jenab lambat bangun tido time tu.Semalam Jenab lambat tido dok layan siaran ulangan Adamaya kat tivi3 tu.Jenab memang kipas susah mati cerita Adamaya tu.Padahal cerita tu dah penah pun tayang dah sebelum ni kat tivi3.Tapi Jenab nak gak tengok.Katanya dia terlepas scene time Adam ngan Maya tido dalam satu bilik sama-sama kat dalam satu pondok.Apa kejadahnya la si Jenab ni kan.Aku pun tak paham kadang-kadang ngan pe'el dia ni.Dah la lambat, jalan jem pulak tu.Jenab cuak giler.Pasal takot bos yang buncit tu maki hamun dia, Jenab pun terus je main cilok-cilok kete Kancil dia tu macam Adnan Sempit gamaknya.Malang tak berbau belacan buat Jenab hari tu.Dek kerana dok cilok-cilok punya pasal, Jenab lupa yang dia tengah bawak kete Kancil,bukan motor Honda C70 yang dia selalu bawak time pegi keja.Hujan kot.Tu pasal la kitew bawak ketew Kancil.Kang ta pasal-pasal kitew demam taw(kata Jenab dalam nada gewdiksnya tu).Jenab dah terlanggar bumper lori kontena yang bawak barang-barang shopping Rosmah Mansor time dia dok cilok-cilok tu.Habis kemek keta Jenab dah macam tin yang dipijak-pijak sampai kemek untuk dikitar semula gamaknya.Apa jadi ngan Jenab?Jenab dah tersepit.Nasib abang bomba dapat keluarkan Jenab yang sedia tak berapa nak kurus tu dari keta Kancil dia yang kemek tu.Condition Jenab masih belum diketahui dan menjadi misteri.Tapi menurut saksi kat tempat kejadian, Jenab teruk jugak la keadaannya.Jenab dihantar ke sepital naik ambulance.
Berita tentang kemalangan yang menimpa Jenab telah sampai ke telinga Dollah yang sedia capang tu.*Capang disini bermaksud telinga kuali.Dollah tau pun dari kawan Jenab, si Kiah jual pekasam yang sedia kepoh lagi becok mulutnya tu ibarat wartawan paper HAIRAN METROP gamaknya.Dollah cuba untuk melawat Jenab kat sepital, tapi tidak dibenarkan oleh doktor pasal Jenab kat ICU time tu.Menurut kata doktor, Jenab kehilangan banyak dara eh bukan bukan.Maksud aku darah.Dan peluang untuk Jenab pulih adalah 99/100.Memang sangat-sangat tipis senipis kulit bawang.Kesian Jenab.Time tu, Dollah yang sedia ego tu akhirnya terjelepuk kat atas lantai sepital dek kerana terkejut dengan kata-kata yang disampaikan doktor.
Dollah sangat-sangat menyesal time tu.Pasal malam sebelum Jenab ditimpa kemalangan, Jenab ada menghantar mesej kepada Dollah kat pesbuk.Walaupun dah menjadi kebiasaan kat Jenab menghantar mesej Gudnight kat Dollah, tapi malam tersebut Jenab hantar mesej yang lain dari kebiasaannya;
To:Dollah Messi
Subject:Salam Terakhir
Message:Buat abg Dollah ku yg muchuk lg kurindui.Mungkin abg dh muak rasenye nk tengok msg dr Nab ni.Tp percayalah, lepas ni abg xkn diganggu dgn msg-msg dr Nab yg sgt comel ni.Pasny Nab akn pg jaoh-jaoh dr hidup abg.Satu je yg Nab nk abg tau.Nab xkn berhenti mencintai n merindui abg wlau nyawa xdikandung bdn lg.Walaupun abg dh tinggalkn Nab digantung xbertali, tp Nab ttp biarkn tali tu mnggntung diri Nab.Lantaklah ape yg kwn-kwn Nab nk kate psl abg..Nab dh xpedulik dh.Nab ingt lg jnji abg nak bwk Nab pg tgok cite Zombie Kg Pisang.Tp abg xbwk pn.Nab merajuk.Tp abg ckit pn xnk pjuk Nab.Psl Zombie Kg Pisang tu,abg jgn risau.Nab dh maafkn abg dh pn.Xpelah abg.Nab dh penat menaip ni.Nab nk pg lyn cite Adamaya jap.Akhir kata dr Nab, I love u so much dear.Muahmuahmuah.Gdnite.
Pantun:
Pecah kaca pecah gelas,
Abg dh baca jgn lupa balas,
minum air dalam gelas,
Maafkn Nab kalau Nab tak dpt balas.
Yg mencintaimu,
Jenab Jeng Jeng Jeng binti Samdol<3<3

Begitulah bait-bait mesej Jenab kepada Dollah.Tapi Dollah tak sempat nak baca malam tu pasal Dollah tak online pesbuk malam tu.Dollah dok sebok layan main game PES2011 ngan kengkawan dia.Keesokkannya di sepital, doktor memaklumkan yang Jenab dah pun meninggal dunia.Pastu Dollah balik rumah dengan penuh penyesalan.Baru la Dollah bukak meseg yang Jenab kasi malam tadi tu.Dollah rasa menyesal yang teramat sangat.Dollah memang ego, tapi dalam hati dia,sebenarnya ada taman rekreasi gak.Sebenarnya Dollah pun suka Jenab, tapi sengaja nak tunjukkan sikap egois dia tu.Malangnya, penyesalan Dollah tu dah tak boleh pakai lagi.Hanya kenangan Jenab je yang boleh diingati.

Begitulah dia Jenab.Kesian Jenab.Kepada Dollah, nasi dah jadi bubur.Kau nak menyesal pun dah tak guna.Kalau kau bercinta pun, rasanya kau belum tentu dapat kekasih yang setia macam si Jenab tu.
Teringat aku kat bait-bait kata dari seorang blogger ni-Cinta itu satu proses yang menikam semua salur darah yang kau ada dalam tubuh. Mula-mula kau akan rasa sakit, tapi semakin lama, setelah kau terbiasa, kau akan rasa gembira dan nikmat. Tapi kau jangan lupa, bila terlampau gembira dan nikmat, ia akan membawa sakit semula yang lebih berat. Nah, di situ salur darah kau tersekat.
p/s:Kisah sebenar hanya di perenggan 1-5.Perenggan ke 6 dan seterusnya sengaja aku tokok tambahkan pasal aku tengah dengar lagu sedih sekarang disamping untuk menyedapkan cerita.hehe..Maafkan daku.Peace:)
p/s:Oh..Aku juga harap kalian doakan kebahagiaan aku dengan si dia.Orait.Peace.Love my boipren very-very much.T_T*(gedik)

No comments:
Post a Comment