CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 1, 2011

First Time~~


Hello u'olls...Oh perasan tak.Aku sekarang asyik update blog aje.Kan kan kan.(hey..sila angguk kepala ramai-ramai tanda setuju).Memandangkan aku pun dah tak koje sekarang, so aku rase elok lah aku menulis je kat blog ni daripada aku layan emo aku sesorang.Gile noob kan.Benci aku dengan diri sendiri.

Meh sini duduk rapat-rapat.Ohhh..Kamu yang kat belakang tu.Meh sini duk depan sikit.Okeh-okeh..Entry aku kali ni aku nak cerita kat korang semua pasal benda-benda first time yang aku buat dalam hidup.Secara random la.Kang kalau nak tulis semua tak jadi entry dah.Nanti kang aku tulis semua dah jadi novel la pulak.Ye dak.

Orait.Starting with my life.Tentu-tentu keluar dari perut emak selepas emak penat kendong aku 9 bulan 10 hari.First time aku tengok macam mana dunia ni.Tapi siyes.Aku tak ingat pun time ni.Kecik lagipun.Ye dak.Yang pasti aku lahir-lahir je dah ada dua batang gigi.Then, first time aku dengar laungan Azan dari encik ayah.Aku bersyukur sangat-sangat pasal aku dilahirkan sebagai seorang umat Islam.Alhamdulillah.






First time aku pergi sekolah.Siyes.Aku tak suka pegi sekolah.Tapi memandangkan emak dah suruh, terpaksa la aku pegi.Ni la first time aku pakai baju uniform.Uniform kotak-kotak kaler merah(uniform aku time kat tadika).Dulu aku sekolah tadika KEMAS.Aku kawan baik dengan sorang budak ni.Nama dia Rabiatul Adawiyah.Since dia ni anak kepada kawan mak aku.So, pasal tu la kitorang kawan baik.Rabiatul ni memang baik.Teringat lagi aku time tu.Tadika KEMAS ada buat SPORTS DAY.Macam-macam sukaneka yang ada time tu.Aku join semua acara.Ada satu acara tu.Main rebut gula-gula.Aku ni seorang yang slow lagi nerd tetiba nak kena rebut-rebut.Aku ni dah la tak suka rebut-rebut.Ikut hati, tak nak je aku join game tu.Tapi memandangkan dah acara wajib, terpaksa la aku masuk.Aku pun ready-ready la ni nak rebut gula-gula yang ada kat atas padang tu.Start je bunyik wisel, kitorang pun start grab gula-gula kat atas padang tu.Siyes, konfius aku time tu.Aku rasa benci gila nak rebut-rebut pasal diorang ganas main tolak-tolak.Last-last, dek kerana kekonfiusan aku tu, satu hapak gula-gula pun aku tak dapat.Ciss..memang menghampakan mak bapak betul.Aku ni cembeng dulu.*Cembeng bagi yang tak tau tu maksudnya suka nangis.Aku pun dok nangis melalak pasal tak dapat gula-gula.Macam rasa nak mati je time tu kalah.Padahal budak-budak yang lain tak kesah pun.Macam kalah judi gamaknya.Then, Rabiatul ni pun kasi la aku gula-gula dia sikit.Baik kan dia ni.Ni la first time aku belajar apa itu erti friendship.




Lupakan kisah gula-gula tadi.Aku tau korang semua gelak kan aku kan.Alah, korang pun mesti cenggitu gak kat tadika dulu kan.Ok ok.Tu time tadika.Tak pandai lagi nak gewdiks-gewdiks.Masuk sekolah rendah, aku seronok sikit.Aku suka pasal kantin dia lagi besar dari time kat tadika aku dulu.Ni la first time aku tengok sekolah yang betul-betul sekolah.Kenapa?Pasal dulu, bagi aku, tadika tu sekolah olok-olok(bengong nye kau ni).Time kat sekolah rendah, kawan-kawan makin ramai.So, seronok je nak pegi sekolah time tu.Tak macam time kat tadika dulu.Kat sekolah rendah, aku still lagi nerd.Aku tak cun sangat dulu.Tak macam sekarang(hey perasan betul T_T*).Tapi siyes.Aku huduh gila dulu.Siap ada gigi rongak lagi.Kalau nak senyum pun kena cover-cover.Menci taw(gedik).Tapi aku dah start gatai dah time ni.Ingat lagi aku.Masa tu aku derjah dua.Aku tak tau kenapa.Aku minat kat sorang abang senior kat sekolah aku ni.Aku tak tau nama dia.Dia derjah 6.Tinggi betul cita-cita aku.Budak derjah 2 yang huduh lagi nerd minat kat budak derjah 6.(hey.pergi cermin muka kau).Aku suka tengok muka dia.Hensem kot.Rambut belah tengah macam Nicky kumpulan Westlife tu.Hari-hari aku dok usha abang tu pegi sekolah and balik sekolah.Dah la hensem,pengawas pulak tu,pastu bawak file kat tangan.Bagi aku, budak-budak yang bawak file pegi sekolah kewl gile.(Ape kejadah nye tah).Hari-hari aku bersemangat nak pergi sekolah time tu pasal abang tu.Tu la first time aku rasa bersemangat nak pegi sekolah(mampus aku kalau mak aku tau ni.kehkeh).And aku rasa tu la first time aku minat kat budak laki-laki.Minat je tau.Bukan ada perasaan macam cintan-cintun tu.Tapi aku hanya bertepuk sebelah tangan je time tu.Abang tu pun tah tau ke tak aku dok stalk dia hari-hari.Yela.Budak tak comel lagi huduh macam aku ni.Mana orang nak perasan kot.Lepas abang tu habis sekolah derjah 6, aku pun tak tau dah dia sekolah mana pastu.Cewah cewah.Dah macam boleh buat cerita Cintaku Bertepuk Sebelah Tangan pulak.hehe.




First time aku rasa kecewa yang teramat sangat sampai menangis melalak-lalak sampai seminggu.Heepp.Bukan kecewa pasal bercinta ye kawan-kawan.Tapi kecewa dengan result exam aku.Time aku exam UPSR dulu.Aku target aku dapat 4A.Kenapa tak target 5A?.Hey aku agak bimbo la.Mane boleh target banyak-banyak.Kang lagi frust tertonggeng-tonggeng pulak aku.I just got 3 A's 2B's for my UPSR.Siyes.Memberikan kesan yang paling mendalam kat aku.First time kot hadap pekse besau-besau.Lagipun almost kat dalam kelas aku dulu time kat derjah 6, rata-ratanya they'll dapat 4A's and 5A's.Memang rase diri ni bimbo gile time tu.Sampai kan mak ayah aku kena datang kat sekolah pujuk aku jangan nangis.Mak aku pesan, 'Tak apa.mama tak marah kakngah.Ok apa 3A tu'.Baik kan mak aku cakap camtu.Baru la aku rasa lega sikit.

First time aku pandai bawak basikal.Time tu aku derjah-derjah lagi.Derjah 3 kot kalau tak silap.Gila bangga aku.Kalau korang nak tau, ayah aku bukan bagi pun kitorang adik beradik naik basikal.Aku tak tau pasal apa.Maybe dia taknak anak-anak dia merayap-rayap naik basikal kot.Tak sopan rasanya.Tapi aku siyes jeles tengok sepupu aku bawak basikal depan rumah aku.Dulu kitorang berjiran dengan pakcek aku.So, bila petang-petang tengok sepupu aku naik basikal, jiwa kanak-kanak aku meronta-ronta nak join sekali.Aku pun curi-curi peluang yang ada dok try basikal sepupu aku tu.Time tu mestilah ayah aku tak ada kat rumah atau ayah aku tengah tido.Time tu la aku belasah main basikal ngan sepupu aku.First-first memang banyak kali jatuh la.Nak seimbangkan badan aku yang sedia kurus atas basikal pun bukan senang seperti yang disangkakan.Kena la ada skill.So, kalau ada je peluang, aku pun belajar naik basikal tu.Luka-luka kat kaki jangan cakap la.Memang banyak siot.Mana tak nya, asyik je dok jatoh.Nasib la parut-parut kat kaki tu dah banyak hilang sekarang.Lama-lama pandai la anak pokcik sorang ni naik basikal.Memang seronok.Tak dapat nak digambarkan perasaan time tu.Macam beruk mendapat bunga gamaknya.Usaha tangga kejayaan.Tu dia.haha.Sampai kan penah sekali tu.Malang betul aku time tu.Aku dok seronok besiar-siar naik basikal, tetibe ayah aku plak bangon tido.Ayah aku ape lagi.Nampak je aku bawak basikal, terus je jerit-jerit kat aku suruh balik rumah.Tapi aku tak balik rumah terus.Aku parking basikal kat umah pakcek aku, terus je aku dok kat situ sampai ke Maghrib.Degil kan.haha.Tapi kalau aku tak try bawak basikal, mesti sampai la ni aku tak pandai bawak basikal tu kan.Ish segan je nanti dengan anak aku.hekhek..

First time aku tau yang New York tu kat Amerika, bukan kat Jepun.(Gila takterhingga bimbo ko ni).Bengong betei.Ade ke patut dulu aku ingat yang New York tu kat Jepun pasal perkataan York tu.Ye.Pasal perkataan YORK tu la aku rasa yang New York tu kat Jepun sampai la berlaku peristiwa 11September 2001.Aku dok tengok Nightline kat tivi3.Diorang siarkan pasal berita attact WTC tu.Pastu pemberita tu sebut 'New York America'.AMERICA ya Farahin.Bukan JEPUN.Aku pun cakap kat mak aku 'la,kakngah ingat New York tu kat Jepun'.Nasib la mak aku tak hamun aku yang sedia bimbo ni.Tu la kau.Mak kau mengajar Geografi.Kau dok bengap sangat kenapa.hehe..Btw aku memang tak suka subject Geog.Oh maafkan daku emak.





Orait-orait.Macam berjela-jela la plak enry kali ni.Banyak lagi perkara first time aku nak cerita.Tapi nanti la.Next entry aku cerita lagi ye.Ok nak pegi makan.Papai.











No comments:

Post a Comment